Fellas :)

Tuesday, February 15, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul :)

Pengertian yang sebenar , honestly , saya tak pandai . ye saya akui saya lemah dalam hal yang sekaitan dgn nya . -.-' tak malu nak cakap , buat apa nak pura2 tahu sedangkan kita tak ? so, lebih baik straight to the point, so, setelah i search kesana kesini, i jumpa ini, hehe , so here im gonna share with you guys :)





 "Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya."

Harap korang faham , and selama 2 3 jam i dok search hal2 agama cmnie, then i realize , class yang i slalu ponteng and tido masa sekolah dulu is Agama ! cause i found it too bored, but biler i baca apa yang patut tadi , sungguh hebat ! benda tak bosan . haha . poyo nye ! ish ! ish ! but tak salahkan kita poyo kerana benda cmnie ? hehe . Im Honest, i rasa besh and relax biler baca tentang asal usul diri kita :)

No comments:

Post a Comment