Fellas :)

Wednesday, March 2, 2011

Penyakit Dua Personaliti atau Skizofrenia

Tiba tiba i terpikir sal benda ni , why is that ? kadang2 i rasa seolah2 i ada penyakit nie cause i rasa diri i sendiri kadang2 lain kadang nye lagi lain, pelikkkan ? bukan hipokrit, tapi kenyataan , menjadi yang lain dan bukan benda yang kita plan . SUMPAH tak ! but guys ! jgn pasnie korang tak kawan ngn i lak .i just mention je .seolah2 i macam penyakit nie . hhaha. beside if i really do , i takkan sedar yang i ada penyakit nie, cause pesakit nie takkan sedar dia ada dua  personaliti , satu realiti and satu fantasi , realiti when them become their self and fantasy bila diorang dah mula memberontak cause rasakan diri nya tak cukup bagus dan diorang create other's personality . pelikkan ?but kesiann . khow if i really do have ? is that make me insane ? i gila ? sakit mental ? huhu , not ! but i rasa tekanan hidup yang  i face sekarang buat i rasa tak tahu apa yang i nak dan bila i tak tahu apa yang i nak, i akan cuba utk menjadi someone really me that y sometimes i forgot who really i am . am i right ? complicated kan? humm, SO, kalau korang apa yang buat you rasa you are The Split Personality is because , sometimes i rasa i kejam, tak da perasaan, cakap yang kurang ajar, tak tau hormat apa yang kita patut and berlagak lebih pada kemampuan diri sendiri,and i feels like everyone around me is my enemy , and semua orang bencikan i but infact is not, and i rasa i sangat bongkak !and i full of stress out ! . and i feels like , i tak da pegangan agama . and ini maybe sebab i tak terdedah sangat sal benda nie kan ? humm . pegangan agama dalam diri i tak kuar . and sometimes i rasa im loving,caring,susah nak sakitkan hati orang akan cuba jaga hati orang sebaik mungkin, and rendah diri ,and nothing matters unless my family ! they are everything. humm ,and i feels like im so lucky being me in my life and i am enjoy every single second in my life . seriously. that's me i think .
What that make me be? am i crazy ? or im just stress out and make me do something out of my line? am i ? Until now i never did somethink to make everything is sucks .i means , like humm . semua pesakit ini akan buat something yang boley make them kills . and ade ke ?? tade ag kot . hehehe . coming soon . hehe . Hey guys ! but im not crazy . haha  . im just try nak luah apa yang i rasa cause in the same time i this Artikel came out ! that all , enjoy reading this, maybe you guys should be carefull with me .  haha .
  • Personaliti secara kebiasaannya diberi maksud mengenai diri manusia itu dan diberi definisi mengikut kecenderungan masyarakat. Ia adalah kepentingan sosial dalam masyarakatitu sendiri dalam proses tingkah laku. Dikategorikan pula sebagai 'baik' atau sebaliknya. Malah dari aspek psikiatri, terdapat sesetengah orang gagal mengenal pasti personalitinya sendiri berikutan fenomena halusinasi mahupun delusi. Kedua-dua fenomena itu membuatkan penghidapnya gagal membezakan realiti dan fantasi.

    Secara umumnya, para pengkaji bersepakat mengatakan bahawa personaliti merupakan ciri-ciri yang dinamik dan tersusun dimiliki oleh seseorang yang secara unik mempengaruhi kognitif, motivasi dan tingkah laku dalam pelbagai situasi. Oleh itu, ramai pengkaji berpendapat kajian personaliti merpakan analisis saintifik ke atas perbezaan individu yang melibatkan aspek kenapa dan bagaimana manusia bertindak secara unik dan kreatif terhadap perubahan persekitaran. Fokus utama mereka adalah untuk menghasilkan teori-teori yang menjelaskan cara bertindak balas yang unik bagi setiap individu terhadap persekitaran fizikal, sosial dan budaya. Penjelasan tersebut membawa kepada andaian yang diuji dan disokong oleh bukti yang empirikal.

    Hakikat yang perlu disedari adalah penyakit atau gangguan mental memerlukan rawatan dan penjagaan yang lama dan berterusan. Penyakit mental dadalah penyakit yang diakibatkan olehgabungan pelbagai faktor fisiologi, patologi dan psikologi. Antara faktor penyebab penyakit mental sukar dirawat atau dipulihkan serta-merta adalah kerana kecederaan kepada otak, tekanan perasaan yang berpanjangan, gangguan emosi akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, kemurungan yang berkekalan, rembesan hormon yang tidak normal, gangguan traumatik, penyalahgunaan dadah dan gangguan neurosis yang kronik.

    Skizofrenia, kemurungan, kecelaruan personaliti adalah penyakit psikiatri. Bagaimanapun, skizofrenia adalah di antara penyakit jiwa yang serius. Antara tanda-tandanya, pesakit sukar membezakan dunia nyata dengan dunia fantasi. Pemikiran bercampur aduk, semakin tidak nyata, manakala emosi menjadi kabur dan tidak teratur. Faktor penyebab adalah keturunan atau genetik dan kerap ditemui dalam keluarga yang mempunyai sejarah menghidapnya. Individu yang mempunyai ibu atau bapa skizofrenia mempunyai risiko 45 hingga 50 peratus mewarisinya.

    Kajian penyelidik mendapati, pesakit psikiatri mengalami ketidakseimbangan kimia dalam otak. Kajian meliputi kegagalan fungsi sistem penghantaran saraf otak iaitu saraf yang nenyalurkan komunikasi antara sistem saraf. saraf yang dimaksudkan adalah sitem dopamine, serotonin dan neurorepinephrine.

    Antara gejala yang dialami oleh pesakit adalah perubahan emosi dan personaliti, perubahan pemikiran, perubahan presepsi dan pandangan serta kurang reaksi. Malah dikatakan amuk (mengamuk) juga merupakan penyakit psikiatri. Dalam budaya Melayu, seseorang itu dikatakan berani kalau sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuk mengorbankan dirinya sendiri serta tidak menghiraukan bahaya yang mendatang. Dari aspek psikiatri, perlakuan itu lebih menjurus kepada kegagalan otak berfungsi dengan baik (tidak normal).

    BERHATI-HATILAH DENGAN REALITI, KERANA IA BERKEMUNGKINAN
    SEKADAR FANTASI...

No comments:

Post a Comment