Fellas :)

Wednesday, March 23, 2011

ouh FACEBOOK

  FACEBOOK
  Ketika ini dunia digegarkan oleh satu revolusi laman web sosial yang meletup secara mendadak.Keadaan ini boleh diistilahkan sebagai kegilaan terhadap Facebook.Disana sini orang berbicara tentang Facebook.Siapa yang tidak tahu mengenai Facebook dianggap ketinggalan zaman.Dalam drama, surat khabar dan majalah pun sibuk disebut tentang facebook. Sampaikan nenek-nenek pun layan facebook. Memang jauh myspace kena tinggal disebabkan fenomena facebook ni.Ketika ini nilai facebook dianggarkan adalah sebanyak USD 508,397,917 dan jumlah itu dijangka akan terus meningkat dari masa ke semasa. Nilai kekayaan owner facebook pula dianggarkan sebanyak USD1billion pada tahun 2009.Jumlah pegawainya pula telah mencapai lebih 400 orang.Akan tetapi, Facebook adalah organisasi yang unik. Para eksekutif dan pegawai tertingginya masih muda,iaitu antara 24 tahun-37 tahun. Markas besar Facebook lebih mirip asrama mahasiswa.Akhirnya, setelah lama memiliki pejabat yang berpisah antara satu sama lain di berbagai penjuru Palo Alto, kini Facebook memiliki satu pejabat sendiri yang cukup besar untuk menampung semua pegawainya di Palo Alto. Pejabat baru tersebut mempunyai keluasan 150 ribu kaki persegi.Para pegawai, yang setiap hari mendapat makanan percuma dan bekerja sambil melakukan kegiatan yang mereka minati. Ada yang bermain gitar,kapal terbang control, atau bergoyang ditemani muzik seorang disc jockey (DJ).Mereka juga tidak perlu berpakaian rapi. Seluar pendek dan sandal adalah pakaian kegemaran mereka di pejabat. Zuckerberg mengaku tidak berapa gemar suasana pejabat yang terlalu formal.Meskipun sudah mampu menghimpun harta kekayaan hingga US$ 3 juta Zuckerberg tetap tampil seadanya, seperti pemuda kebanyakan yang menggemari pakaian santai. Mark Zuckerberg berusaha memberi para pegawainya keselesaan sebaik yang mungkin di pejabat baru tersebut.Oleh itu dia memberikan kebebasan seluas-luasnya kepada para pegawai untuk menghias pejabat tersebut.Ini termasuklah merubah berbagai kedudukan perabot, menambah berbagai karya seni di dinding dan sebagainya.
Ini adalah salah satu suasana di pejabat facebook

sangat santai kan?
 Bermulanya Faceboook.

THE CEO OF FACEBOOK

    Facebook adalah sebuah laman social networking yang sangat popular buat masa sekarang yang mula dibina pada tahun 2004 oleh Mark Zuckerberg - seorang mahasiswa University Harvard. Mark Elliot Zuckerberg atau Mark Zuckerberg dilahirkan pada 14 Mei 1984 di Dobbs Ferry, Westchester County, New York, Amerika Serikat (AS). Pada hari ini, Mark Zuckerberg telahpun berumur 26 tahun. Beliau merupakan Billionair yang termuda didunia dengan kekayaan semasa mencecah US$14 billion.Idea penubuhan Facebook bermula ketika belajar di University Harvard dengan tujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar Harvard pada ketika itu. Pada mulanya, Mark Zuckerberg menggunakan nama facemash.com kepada laman social tersebut. Dalam masa yang begitu singkat, lebih 60% daripada pelajar Harvard telah menggunakan Facemash dan itu membuatkan Mark Zuckerberg lebih yakin untuk mengembangkan laman social tersebut.
Oleh kerana ingin menumpukan sepenuh masa kepada Facebook, Mark Zuckerberg keluar meninggalkan Harvard dan berpindah ke Palo Alto, California pada musim panas 2044 bersama teman sebiliknya di Harvard iaitu Dustin Moskovitz serta beberapa rakannya yang lain. Beliau menyewa sebuah rumah kecil untuk dijadikan pejabat rasmi Facebook pada ketika itu.Disitulah Mark Zuckerberg telah bertemu dengan Peter Thiel iaitu pengasas Paypal. Hasilnya Peter Thiel telah bersetuju untuk memberi dana sebanyak US$500,000 seterusnya menjadi pelabur pertama Facebook. Itu membuatkan Mark Zuckerberg beralih ke pejabat yang lebih besar. Pada Ogos 2005, Mark Zuckerberg telah membeli domain www.facebook.com daripada Aboutface Corporation yang bernilai US$200,000. Pada September 2005, Facebook mula diperkenalkan khusus untuk pelajar sekolah menengah dan dalam masa 15 hari sahaja, sebahagian besar sekolah di AS telah menyertai Facebook. Pada akhir tahun 2005, Facebook telahpun berkembang ke 2,000 universiti dan 25,000 sekolah menengah di AS, Kanada, Mexico, Puerto Riko, Australia dan beberapa negara lain.
Kebaikan dan Keburukkan FACEBOOK .
Keburukkan FACEBOOK.
  •  Melalaikan. Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab. Saya sendiri juga terkena efek ini sehingga kadang-kadang terganggu tugas samada hakiki mahupun penulisan blog.. Ianya mampu menganggu tumpuan terutamanya jika anda menyertai ‘games’, ‘group provokasi/gossip’ dan sebagainya..
  •   Obses.. Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya.. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika ber’sosial’ di laman tersebut. Tak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap laman sosial..Dan macam saya sendiri terlalu obses hinggakan tidak cukup tidur atau tudak tidak tidur semata-mata FACEBOOK.
  •   Terhakis pergaulan secara realiti. Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan.
  •   Gangguan kesihatan. Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan.Kalau dah sehari suntuk mengadap laptop dan komputer dan kemungkinan mata boleh ada penyakit.Dan juling kemungkinan akan terjadi kepada yang terlalu mengadap komputer.Sekiranya anda merasa sakit pada bahagian pergelangan tangan, sengal pada sendi jari jemari atau lengan, lenguh di bahagian leher atau punggung, maka itu adalah petanda awal anda telah diserang penyakit komputer. Sebenarnya, penyakit komputer adalah diakibatkan oleh terlalu banyak masa yang dihabiskan di depan komputer secara yang tidak bijak sehingga boleh mengakibatkan kecederaan.
    Cedera yang dimaksudkan dinamai repetitive strain injury (RSI). RSI mencakupi cummulaltive trauma disorder (CTD), carpal tunnel syndrome, tendinitis dan tenosynoritus
  • . Gangguan oleh individu tak dikenali. Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi . Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda. Ini selalu terjadi dan dilabelkan sebagai "FAKER" yang sekadar menggunakan gambar orang lain dan ingin menjadi rakan kita didalam "Friendlist" kita dan akhirnya si "FAKER" ini akan mengeluarkan kata kata kesat,dan agak kasar bahasanya.Jadi berhati hati.
  • Ada juga yang hinggakan putus cinta, bercerai dan curang semata mata apa yang terjadi didalam FACEBOOK.Dan ini fakta sebenarnya kerana sebuah akhbar di SYDNEY telah mengeluarkan satu keratan "SYDNEY: Bagi kebanyakan pasangan, laman sosial Internet seperti Facebook adalah cara untuk mengekalkan hubungan dengan rakan.Namun, kesan negatifnya semakin disedari dengan dakwaan terbaru menyatakan laman itu menjadi punca meningkatnya jumlah perceraian.Menurut sebuah syarikat guaman, hampir satu daripada lima tuntutan cerai yang diuruskannya menyebut Facebook sebagai satu daripada punca. Pengarah Urusan Divorce-Online, Mark Keenan berkata: “Saya terdengar kakitangan saya berkata, ramai orang yang bercakap mereka mengetahui kecurangan teman hidup mereka dalam Facebook.
    “Saya mengambil keputusan untuk mencari bagaimana serius keadaan itu.“Saya terkejut apabila mendapati 20 peratus daripada tuntutan cerai merujuk kepada Facebook.“Alasan paling lumrah ialah pengguna laman itu bersembang mengenai seks dengan orang yang tidak berkenaan.”Pengkritik berkata, laman sosial Internet menarik golongan lemah untuk berlaku curang terhadap teman mereka.
    Suami atau isteri yang mengesyaki sesuatu, menggunakan laman itu untuk mencari bukti kecurangan pasangan mereka.Pada masa sama, syarikat juga mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan mengeluarkan perisian yang membolehkan pelanggan mengintip secara elektronik terhadap pasangan mereka. – Agensi "
     
  • Ada juga yang mendapat keputusan merosot hanya dengan terlalu fokus kepada facebook. 
Kebaikkan FACEBOOK.
  •  Boleh mencari jodoh dan ini fakta kerana sudah banyak yang bertemu jodoh dengan mengunakkan FACEBOOK.Tak percaya? Cuba lah sendiri . :)

  • Boleh menghubungi teman lama yang terpisah. Kira cam ‘Jejak Kasih’ la. Boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah lama. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Silap haribulan boleh jumpa balik kekasih lama yang telah terpisah /dipisahkan. Bagi yang dah berumahtangga, elok jangan diapprovekan ‘x’ anda tu.. Nanti boleh gaduh plak. :(
  •   Boleh membantu mempromosi sesuatu (tapi jangan SPAM plak). Macam saya yang mempunyai beberapa blog.. Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di laman sosial. Tapi jangan terlalu ghairah mempromosi sesuatu nanti anda dibenci. Malahan elok kiranya bahan yang ingin dipromosi adalah sesuatu yang menarik dan bukannya sekadar mempromo perniagaan anda..
  •   Mudah memberitahu sesuatu perkara. Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat.
  •   Perkongsian maklumat. Kalau anda bijak mencari kawan yang sesuai, anda akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh, dengan laman sosial anda tidak perlu membuka tv untuk mengetahui keputusan pilihanraya Hulu Selangor. Hanya buka twitter dan mereka yang bertugas akan menyalurkan maklumat terkini..

Dan ini saja huraian saya tentang Facebook. Jadi anda semua bijak buat pilihan .Tentukan yang terbaik.

No comments:

Post a Comment