Fellas :)

Thursday, June 23, 2011

suatu masa dulu .

Its happens long time ago :)

Benda nie dah lama jadi . dah lama rasa . dah lama terasa . lama sangat . entah sihat entah tidak . masa nie i selalu pegi hospital , jenguk arwah atuk yang sakit. masa ni jugak kecik lagi . so bila ramai sangat yang tengok atuk , i amik masa pusing satu Hospital Besar Sungai Petani Kedah . I pegi ke jalan yang paling hujung, ada satu bangunan . i lalu jugak . sebab i tengok ada nurse keluar masuk bangunan tuh . bangunan tuh 1tingkat je . panjanggg bangunan tuh . i lalu . dan i dengar ada yang jerit jerit gelak gelak . i pegi lalu luar block tuh , ada tingkap yang boley lihat apa yang ada dalam dan yang dalam boleh lihat diluar. i duduk dikerusi luar tuh dantengok pesakit dia terkinja kinja lompat . baru i sedar itu wad gila .tiba tiba ada satu aunty pesakit dalam wad tuh , melayu . putih , i still boley ingat dia duduk di meja nurse dia pandang ke luar tingkap , dan bila dia nampak i . dia senyummm dan mata dia tak lepas tengok i . i takut menangis dan lari ke wad atuk i . mak tanya kenapa , i cakap " tadi akak pegi wad gila, aunty tuh tengok akak tak henti henti akak takut ... " sambil nangis nangis dan mak pujuk . Sampaikan malam termimpi kan dia . humm , Hinggakan mimpi yang dia mak i ? pelikkan ? haha . disebabkan itu i masih gedik nak pegi lagi sekali kat wad tuh esok nya .kali ini i pegi dia tengah duduk ddekat katil dia . i pegang pagar sambil tengok dia dari jauh , dan bila dia nampak i dia terus berlari ke tingkap . kali ini connection kami lebey rapat , i dapat rasa something dari dia . tapi i masih terasa takut . i patah balik pegi wad atuk i , i amik roti . then i patah balik ke wad gila tuh . dari luar tingkap i hulurkan roti . dia senyumm . i bercakap dengan dia . i tanya nama banyak soalan i tanya , dia tak pernah jawap . yang dia tahu dia senyum dan pandang muka i  . dia hanya senyum je . entah kenapa dari rasa takut i berani utk dekat . dan bila i nak balik , i selalu salam tangan dia , dan sambil lambaikan tangandekat dia . i  terus pegi .Esok tuh i yang tak sabar tengok dia . lepas je i tengok arwah atuk i terus pegi dekat wad dia . i bawak makan . i bawak chocolate . nurse kat situ bagi i berdiri luar tingkap dari masuk dalam . nurse cakap takut yang lain kacau .Hari ini sikit pun i tak rasa takut bila berdepan dengan dia , cuma bila dia nak pegang tangan i jantung i berdegup kencang . dia makan chocolate yang mak belikan utk i. dia suka . dia senyum lagi . tapi dia sikit pun tak cakap apa apa . i lah yang asyik bercakap dengan dia . i sampai cerita dekat dia yang atuk sakit .. dan i nangis . bila i nangis dia pandang muka dan dia buat muka masam . dia jarang masam muka . :(  i tak sampai hati tengok dia masam muka , i pun lap air mata i , dan cuba buat dia gelak... dah senaj waktu melawat dah abih i terus gerak ke mak  i dan balik . Esok i lagi excited ! i bawak bear bear i yang kecik , i bawak nak bagi dekat dia tanda ingatan .! heee :D dan i bawak apple merah nak kasi dekat aunty ni , actually i dah lupa nama dia . Tapi perasaan i tak excited dah  dah hilang . :(  kena halau dengan nurse tua tuh . dia tak kasi masukkk . sedeyyy tak dapat main dengan auunty tuh ! :*((  i still bagi apple and bear bear dekat aunty tuh . and diluar pagar kami i just guna bahasa isyarat . haha . dia masih senyuk siap gelak  besar lagi . semakin hari semakin suka dekat dia . dah mula sayangkan aunty ni ... tapi hari ini i sedeyy sikit . tak tahu kenapa .mungkin sebab tak dapat main dengan aunty kot . :( bila i nak balik , i bagi tahu aunty ni i nak balik . auntu buat muka sedey . macam dia tau tau je . :( humm . i pun dah berair mata tengok aunty buat muka sedey . tapi icakapp aunty jangan sedey esok i datang lagi .. i sempat pegi salam dengan aunty ni dan i cakap jaga bear bear ini elok elok tau !sambil tengok muka dia yang sentiasa senyum tuh i lambaikan tangan dan berlalu pegi dengan hati yang senang . :) Dan esok i memang tungu tunggu nak ke Hospital . . tapi i dapat satu call ,cakap arwah atuk dah meninggal . :( i sedey . oley sebab arwah atuk meninggal i tak boley pegi hospital lagi . i tak dapat jumpa aunty tuh lagi . tapi yang penting kan arwah atukk ... :(
Acctually tak ada motif pun i nak bukak cerita ini . tapi entah tetiba i tengok post someone tuh pasal wad gila , terus teringat kan aunty ini . sampai atlast hubungan i dengan aunty ini macam tuh je . rindu jugak masa first first tuh tapi nak buat macam mana . cuma i tengah fikir .. macam mana dia sekarang , sehat ke ? dah baik ke ? adalagike ? doakan je lah yang terbaik utk dia . sampai sekarang i masih ingat lagi senyuman aunty tuh yang kulit cerah berseri , tahi lalat kat atas mulut , rambut pendek . yang sentiasa senyumm . . kadang kadang terpikir jugak apa lah yang buat kan diorang sampai masuk wad psikitiari kan ? humm .i rasa one day kalau i tertekan gila babi , i rasa i masuk jugak wad ni . haha . tapi mintak simpang lah kan . haha.
kadang kadang kalau kita tengok orang gila kita mesti takut nak dekat kan ? cuba kalau kita dekat dengan diorang baru kita tahu diorang tak bahaya mana. cuba faham diorang .
diorang pun manusia kan , cuma dah itu penyakit diorang . bayangkan lah kalau i yang gelii dengan orang macam nie dulu ., i boley ada satu perasaan bila i jumpa aunty nie . so means ternyata perasaan tuh kita tak boley kawal , tak kesah lah bangsa ke harta ke sakit ke apa ke , kalau dah ada perasaan macam tuh , semua sama kan ? i bukan lah seorang yang baik apa pun tapi i jenis yang sensitif sangat . korang bayangkanlah kalau i tengok movie couple tuh pelok bf dia pun i menangis apa tah lagi yang lain . haha
so pada guys i memang akan cepat tersentap sebab i memang dilahirkan dengan perasaan cepat tersentuh sekian terima kasih :D
Enough for this entry :D 

No comments:

Post a Comment