Fellas :)

Friday, August 5, 2011

Siapa kisah?

SELAMAT BERPUASA HARI YANG KE-5 !




 INI KISAH BUKAN KAU KISAH .
Kisah siapa usah peduli,Jangan menjawab bila disoal,Kisah ini bukan kau kisah,Kisah ini cerita panjang,Susah nak susun,Susuh nak atur setiap bait bait,Kau peduli bila Dia sakit ,Kau peduli bila Dia sunyi ,Kau peduli bila Dia menangis , Kau peduli bila Dia takut , Kau peduli bila Dia marah ,Kau peduli bila Dia senyum, Kau peduli bila Dia menangis gembira, Tak .Aku tak rasa kau peduli ,Sebab semua dia lalui seorang diri ,Dia bercerita pada semua orang ,Tapi susah ada orang yang peduli tentang kisah dia ,Kisah dia kisah benar  ,Sentiasa berduka itulah dia , Pernah dia merayu utk kau tunggu disisi dia , Dia harungi semua  , Walau dia tahu dia tak kuat utk semua ,Dia bercerita gelak tawa semua ,Pernah tak kau lihat dia menangis , Susah , susah , susah
Dia bukan yang senang menangis ,Bila berhadapan orang yang dia sayang ,Dia bukanlah seorang pembenci , Dia benci sifat membenci orang ,Dia takut bila dia mula bencikan seseorang ,Sebab dia tahu perasaan itu selamanya kekal , Dia seorang yang ego ,Kadang kadang ego yang dia buat sendiri ,Dia malu nak mengaku kalah ,Lalu wujud ego yang sangat kejam ,Dia tak sempurna ,Kisah ini bukan kisah seorang yang mulia ,Tak .
Ini kisah tentang seseorang, Jangan tanya siapa , Sebab soalan bukan kemahuan sesiapa, Dosa selalu tercipta 
Pahala  jarang dia kutip , Kadang kadang dia sedar semua itu tak betul , Dia lalai dalam semua , Agama adalah pegangan semua orang , Dan tak terlepas buat dia  Agama dia tak pernah lupa , Asal usul dia ,Tapi dia lalai dalam setiap sudut , Dalam setiap hal ,Dia halalkan yang haram ,Dia semakin jauh dengan yang halal , Banyak yang kurang tentang dia ,Pernah terdetik dia nak berubah ,Tapi dia takut tak diterima orang ,Dia takut hilang semua ,Hilang keseronokkan dalam hidup ,Tapi dia tak fikir pula ,Bila hilangnya pegangan dalam hidup  ,Bila arah kiblat tak lagi dia tahu ,Dia serba kekurangan ,Dia kurang dari segala galanya ,Tapi dia masih bersyukur , Sebab dia hidup dalam kehidupan yang aman, Sebab dia belajar redha setiap kehilangan , Sebab dia akur setiap ketentuan ,Tapi satu kelemahan ,Dia takut nak bangkit dan merubah , Dia cuma teruskan hidup dan biarkan ia  berlalu, Setiap kenangan masih terpahat yang pilu atau yang senyum , Dia seorang yang sensitif  , Luaran sungguh nampak berani  , Tapi sebenarnya dia takut bila sendiri , Dia takut bila tak ada sesiapa dengan dia , Tapi bila dia sedar satu hari nanti dia seorang juga , Lalu dia cuba kuat walaupun hati dia berdebar penuh rasa takut , Dia selalu rasa kekurangan  ,Dari semua aspek  ,Fizikal ataupun mental, Kehidupan dia semakin terumbang ambing , Tapi dia cuba berdiri utk menstabilkan , Dia pasrah kadang kadang  , Tapi dia redha , Dia takut nak bersujud , Sebab tak yakin diri dia akan berubah  , Dia sedar hidup dia kosong  , Dia cuba isi dengan semua nya  , Kadang kadang yang berisi tak busuk juga , Dia menangis bila dia tahu ,  Hidup dia dah tak terjaga , Dia rindukan belaian sang pujangga ,Tapi setiap yang dia kenal , Semakin meyakinkan dia yang semuanya sama , Kejujuran .Walaupun hidup dia tak menentu , Tapi dia seorang yang jujur , Dia yakin apa dia luahkan , Namun dia akur diusia muda tambahan lagi corak kehidupan dia ,Dia tahu tak mudah utk mencari dan mendapat seorang yang jujur , Pernah dia rasa ingin putus asa , Tapi di usia muda dia mencuba dan terus mencuba , Mencuba tak salah dari terus tak mencuba , Siapa kisah kalau diusia muda , Dia hilang semuanya , Hidup dia kosong walau dia tak pernah tunjuk , Dia banyak kecewakan semua ,Dia cuba nak tebus , Tapi tak tahu jalan yang bagaimana , Dia leka dengan alam dunia sementara , Yang tinggal hanya harapan utk dia ,Bukan besar , Kecil sungguh , Dia harus kuat  , Harus cekal, Jangan mengalah , Percaya pada yang Satu , Percaya pada keyakinan , Yakinkan diri dia  , Satu perngorbanan  , Mungkin terjadi esok lusa tak siapa tahu , Yang pasti dia cuba tapi takut akan kegagalan , Kerana usia muda banyak kegagalan , Keyakinan biar cekal , Tanam dan biar ia mekar  , Dia percaya ada cahaya akan datang 
Cuma esok atau lusa  , Biar Tuhan yang tentukan., Doakan DIA bahagia satu hari nanti ? 
Sekian ~





No comments:

Post a Comment